Graduan Kolej Universiti Yayasan Pelajaran Johor (KUYPJ)
Sijil Diploma dan Transkrip Akademik untuk graduan program-program KUYPJ sahaja yang sedia untuk diambil semasa hari pengambilan jubah iaitu pada 23 Oktober 2026 (Jumaat) bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang di Pejabat Akademik, Aras 1, Bangunan Pentadbiran (Blok B), Kolej Universiti Yayasan Pelajaran Johor. Caj pengambilan adalah RM120.00.
Bagi graduan program UTM, graduan program UiTM dan graduan program KUYPJ yang tidak hadir majlis konvokesyen, sijil dan transkip boleh diambil pada waktu operasi pejabat (Ahad-Khamis) di Kaunter Akademik, Kolej Universiti Yayasan Pelajaran Johor. Rujuk Laman Web KUYPJ .
Sebarang pertanyaan berkaitan Sijil Diploma dan Transkrip Akademik boleh hubungi Unit Peperiksaan & Penganugerahan, Pn. Noraiza binti Mohd Natzri atau Pn. Hayati binti Ya’acub melalui email [email protected] atau talian telefon 07-213 3503.
Graduan Kolej Kemahiran Johor (KKJ)
Graduan KKJ boleh mengambil sijil di kolej masing-masing satu minggu selepas majlis konvokesyen. Hubungi Puan Lela (012-734 2044) bagi memastikan sijil telah siap untuk diambil oleh graduan.

