Menteri Besar Johor, YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Pendidikan YPJ, akan menyampaikan skrol kepada para graduan. Jawatankuasa Jubah Konvokesyen akan menyediakan khidmat jurugambar profesional di pentas. Jurugambar peribadi tidak dibenarkan.
Graduan amat digalakkan mengambil Pakej A (gambar rasmi di atas pentas). Empat pakej tambahan boleh dipilih.
Tempahan: kaunter jurufoto pada 24 Oktober 2026 & Dewan Besar pada 25 Oktober 2026.
Gambar dihantar terus ke alamat rumah. Hubungi En. Luqman Haziq (019-2683397).
Klik butang di bawah untuk muat turun borang tempahan gambar konvokesyen.
Bawa borang yang telah diisi pada hari pengambilan jubah (23 Okt 2026) dan tunjukkan bukti pembayaran.