Syabas Graduan!

Tahniah kepada para graduan Kolej Universiti Yayasan Pelajaran Johor (KUYPJ) dan Kolej Kemahiran Johor (KKJ)!

Majlis Konvokesyen merupakan detik istimewa yang menandakan kemuncak perjalanan akademik serta meraikan segala usaha, dedikasi dan kejayaan para graduan.

Majlis Konvokesyen Kumpulan Pendidikan YPJ Ke-27 akan berlangsung pada Sabtu, 24 Oktober 2026 bersamaan 12 Rabiulakhir 1448H, bertempat di Dewan Besar, Kolej Universiti Yayasan Pelajaran Johor, KM16, Jalan Kulai – Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor Darul Ta’zim.

Majlis ini bakal menghimpunkan graduan Kolej Universiti Yayasan Pelajaran Johor (KUYPJ) dan Kolej Kemahiran Johor (KKJ) bagi meraikan pencapaian mereka serta menjadi satu kenangan bermakna sebelum melangkah ke fasa seterusnya dalam kehidupan dan kerjaya.