Graduan lelaki hendaklah berambut pendek dan kemas, tidak mencecah kolar baju. Rambut panjang dilarang. Pakaian kasual (jeans / t-shirt / kasut sukan / selipar) tidak dibenarkan.
Graduan wanita tidak dibenarkan memakai pakaian yang jarang atau menjolok mata, serta sebarang penutup muka seperti niqab semasa upacara konvokesyen.
Graduan yang tidak mengikut syarat pakaian tidak dibenarkan menyertai majlis.
Panduan pemakaian yang perlu dipatuhi:

Etika Pakaian Graduan KUYPJ

Graduan lelaki hendaklah memakai kemeja berlengan panjang dan bertali leher, seluar slack berwarna hitam, kasut hitam serta stoking berwarna gelap. Pemakaian blazer hitam adalah digalakkan, namun tidak diwajibkan.

Graduan wanita Muslim hendaklah memakai baju kurung yang sopan dan bersesuaian, tudung berwarna krim, kasut hitam bertutup serta stoking berwarna gelap. Ketinggian tumit kasut hendaklah tidak melebihi 2 inci.

Graduan wanita hendaklah memakai kemeja berlengan panjang bersama kain berwarna gelap, kasut hitam dan stoking berwarna gelap. Ketinggian tumit kasut hendaklah tidak melebihi 2 inci. Graduan juga dibenarkan memakai pakaian tradisional yang sopan dan bersesuaian, seperti baju kurung atau sari.

Etika Pakaian Graduan KKJ

Graduan sijil lelaki Muslim hendaklah memakai Baju Melayu berwarna hitam lengkap dengan sampin dan songkok hitam, serta kasut hitam dan stoking berwarna gelap.

Graduan sijil lelaki bukan Muslim hendaklah memakai kemeja berlengan panjang dan bertali leher, seluar slack berwarna hitam, kasut hitam serta stoking berwarna gelap.