Soalan Lazim

Tidak. Pihak KPYPJ tidak akan menghantar surat pemakluman secara berasingan kepada graduan. Semua maklumat terkini berkenaan Majlis Konvokesyen boleh didapati melalui portal rasmi majlis : https://konvokesyen.kpypj.edu.my/ atau saluran Telegram Konvo KUYPJ dan Telegram Konvo KKJ.

Semua maklumat terkini berkenaan Majlis Konvokesyen boleh didapati melalui portal rasmi majlis : https://konvokesyen.kpypj.edu.my/ 

atau sertai saluran Telegram Konvo KUYPJ atau Telegram Konvo KKJ.

Graduan WAJIB membuat pengesahan kehadiran secara atas talian bermula 24 September 2026 (Khamis). Klik Penyertaan Graduan dan Bayaran.

Graduan KUYPJ dan KKJ yang tidak dapat menghadiri Majlis Konvokesyen hendaklah melengkapkan borang pengesahan kehadiran dengan memilih pilihan “Tidak Hadir”. Seterusnya, graduan perlu mengisi Borang Keahlian Alumni. Graduan KUYPJ perlu mengisi Borang Soal Selidik Kajian Pengesanan Graduan.

Graduan yang hadir ke Majlis Konvokesyen perlu membuat pembayaran sebanyak RM300.00 sahaja. Tarikh akhir pembayaran yuran Majlis Konvokesyen adalah pada 19 Oktober 2026 (Isnin).

Tidak. Jumlah tempat duduk di dalam dewan adalah terhad dan setiap graduan hanya dibekalkan sekeping pas masuk untuk dua (2) orang tetamu sahaja. Walau bagaimanapun, tetamu yang tidak dapat masuk ke dalam dewan boleh menunggu di khemah yang disediakan di luar dewan. Siaran langsung boleh ditonton di saluran Youtube KUYPJ Studio.

Etika pemakaian ibu bapa / tetamu ke majlis konvokesyen boleh dirujuk di bahagian Panduan Ibu Bapa / Tetamu. Bagi etika pemakaian graduan boleh dirujuk di bahagian Etika Pemakaian dan Rupa Diri Graduan.

Bagi graduan yang memerlukan bantuan khas seperti berkerusi roda, cacat penglihatan, tercedera dan sebagainya, boleh isi pada ruangan keperluan khas dalam Borang Pengesahan Kehadiran Graduan.

Ya. Sekiranya tetamu memerlukan perhatian khas seperti berkerusi roda, uzur dan sebagainya, graduan boleh ke kaunter urus setia atau berhubung terus dengan mana-mana petugas pada hari konvokesyen. Tempat duduk khas akan disediakan untuk keselesaan tetamu berkenaan.

Tiada raptai akan diadakan. Graduan boleh menonton video berikut untuk mendapatkan gambaran tatacara pengambilan folder album konvokesyen di atas pentas : https://bit.ly/3WyMsO7

Untuk graduan KUYPJ, rujuk kepada info di dalam link berikut: permohonan-transkrip-dan-sijil-diploma.

Untuk graduan KKJ, sijil dan diploma boleh diambil di kolej masing-masing selepas majlis konvokesyen. Hubungi Pn. Lela (012-734 2044) untuk mengesahkan samada sijil atau diploma graduan sudah tersedia untuk diambil.