Pengesahan kehadiran graduan ke Majlis Konvokesyen Kumpulan Pendidikan YPJ Ke-27 bermula pada 1 hingga 19 Oktober 2026. Sila ikuti langkah-langkah mudah yang dinyatakan bagi melengkapkan pengesahan kehadiran graduan ke majlis konvokesyen.
Graduan yang hadir ke Majlis Konvokesyen perlu membuat pembayaran sebanyak RM300.00 sahaja. Bayaran penyertaan yang telah dibuat tidak dikembalikan sekiranya graduan tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen.

Graduan Kolej Universiti Yayasan Pelajaran Johor (KUYPJ)
Semak nama graduan KUYPJ yang layak menghadiri Majlis Konvokesyen Kumpulan Pendidikan YPJ Ke-27.
Buat pembayaran yuran dan pengesahan kehadiran melalui sistem i-campus KUYPJ.
Untuk pertanyaan, hubungi En. Bazli (017-731 4688) atau Hotline Bendahari (011-6487 2078).
Tatacara
- Log in portal pelajar di iCampus
- Klik pengesahan kehadiran
- Pembayaran melalui FPX
- Isi maklumat tetamu yang hadir
- Isi maklumat saiz jubah
- Isi maklumat alumni
*Deposit jubah dibayar tunai semasa pengambilan dan dipulangkan selepas pemulangan.
Isi borang soal selidik SKPG1. Graduan dikehendaki membawa slip SKPG1 semasa mengambil jubah.
Hubungi Pn. Afiqah (013-755 6348) untuk maklumat lanjut.

Graduan Kolej Kemahiran Johor (KKJ)
Semak nama graduan KKJ yang layak menghadiri Majlis Konvokesyen.
Buat pembayaran yuran dan pengesahan kehadiran melalui sistem SMAP KKJ.
Hubungi Pn. Lela (012-734 2044) untuk pertanyaan.
Tatacara
- Log in portal graduan SMAP
- Masukkan No. Kad Pengenalan
- Tekan butang Hantar
- Sahkan Status Graduan
- Isi Borang Pengesanan Graduan
- Kemaskini maklumat graduan
- Isi Pengesahan Kehadiran
- Buat Bayaran melalui FPX sehingga resit dijana
*Deposit jubah dibayar tunai semasa pengambilan.
Terima Kasih
Layari laman web ini untuk maklumat rasmi konvokesyen. Sertai Saluran Telegram KUYPJ dan Saluran Telegram KKJ untuk info terkini.

